Membawang Hari Ini

Anak Cik Ta Pilih Audi R8 Harga RM660,000

Ammar Effendy 1

PETALING JAYA: Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain.

Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000.

“Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

“Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,” selorohnya kepada mStar Online  ketika dihubungi menerusi mesej aplikasi WhatsApp pada pagi Khamis.

Tambah Ammar, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45.

“Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.

“Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari,” katanya bergurau.

Sebelum ini, Ammar pernah mendapat hadiahkan sebuah telefon bimbit selepas cemerlang dalam peperiksaan penilaian Menengah Rendah (PMR) dan set permainan PS2 selepas berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");