Isu Panas

Anwar Tarik Diri, Wan Azizah Menang Tanpa Bertanding

anwar ibrahim ss

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung akhir bulan ini.

Berikutan itu, kerusi Presiden parti berkenaan akan kekal disandang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Johari berkata, ketua pembangkang menyerahkan surat bagi memaklumkan keputusan beliau menarik diri pada 19 April lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, Anwar tidak menyatakan punca beliau menarik diri pada pemilihan kali ini.

“Selepas melalui beberapa hari yang sukar berikutan kematian Karpal Singh (peguam Anwar), Anwar membuat keputusan tersebut atas nasihat barisan peguamnya untuk fokus terhadap kes beliau.

“Kami tidak mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan kerajaan mengambil kesempatan (terhadap keputusan bertanding), oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menarik diri,” katanya.

PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS sekiranya Anwar meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden.

Pendirian Anwar untuk bertanding sebelum ini menimbulkan persoalan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 7 Mac lalu.

Ketika ditanya mengenai jumlah calon bagi jawatan tertinggi yang lain, Johari berkata, tiada calon menarik diri setakat hari ini (Selasa).

Pemilihan parti itu akan berlangsung pada 25 April hingga 11 Mei ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");