Jenayah

Mangsa culik dibunuh

bunuh

Melaka: Seorang remaja yang ditemui mati dengan kedua-dua tangan dan kaki diikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini, semalam dikenal pasti sebagai M Gunaseelan, 13 yang dilaporkan diculik Ahad lalu.

Ia disahkan bapanya D Murugan, 52, dan ibunya A Letchumy, 44, yang membuat pengecaman mayat pelajar di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir itu Hospital Melaka, pagi tadi.

Menurut Murugan, mereka hanya mengetahui Gunaseelan diculik selepas isterinya mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali yang menuntut wang tebusan RM20,000 kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

“Malah lelaki berkenaan turut menghantar kira-kira 15 SMS termasuk memberikan arahan supaya menyerahkan wang tebusan di empat lokasi berbeza di sekitar Bandar Hilir pada hari sama.

“Namun, semalam isteri menerima SMS berbunyi “Selamat jalan” dan “Lagi satu kali tak SMS. Awak boleh sembahyang untuk anak” kira-kira jam 5.30 petang semalam sebelum kami dimaklumkan polis berhubung penemuan mayat mendiang,” katanya.

M Gunaseelan, 13, yang ditemui mati terikat pada kerusi di rumah kedai di Taman Merdeka Jaya, Melaka semalam disahkan diculik Ahad lalu

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");