Membawang Hari Ini

Daus AF Bergilir Dengan Isteri Jaga Anak

anak daus

Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke -8, Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus di atas kelahiran puteri sulungya pada 7 April lalu. Isterinya, Syaza Shamimi selamat melahirkan anak perempuan mereka di Bintulu Medical Centre dengan berat 3.41 kilogram.

Daus dan Syaza telah berkahwin pada 6 Jun 2013 dan mereka begitu gembira dengan kehadiran cahayamata sulung yang diberi nama Delysha Senzela.

“Alhamdulillah ini merupakan satu rezeki yang Allah berikan kepada kami yang sememangnya menginginkan zuriat. Semasa mengazankan tu saya merasa begitu sebak dan menitiskan air mata ketika melalui saat istimewa itu. Saya memenuhi permintaan isteri untuk pulang ke Bintulu bagi melahirkan anak sulung kami itu kerana dia ingin berpantang dekat dengan keluarganya. Selepas pantang kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur,” ujar Daus ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Daus berkata nama Delysha Senzela itu dipilih sendiri oleh Syaza dengan persetujuannya. Nama Delysha membawa maksud gembira dan mengembirakan orang lain manakala Senzela pula bermaksud bunga dalam bahasa Arab.

Menurut Daus, isterinya kini sedang menjalani pantang mengikut cara tradisional dan mereka mengambil giliran untuk menjaga bayi. Daus turut berkongsi yang menjadi lumrah untuk pasangan ibu bapa tidak cukup tidur bagi melayani kerenah bayi yang masih kecil.

“Semalam saya tidur lebih kurang pukul 5.00 pagi kerana anak tidak mahu tidur. Selain itu saya turut ulang alik dari Bintulu dan Kuala Lumpur bagi menyelesaikan urusan kerja serta mempromosikan single terbaru berjudul’ Seribu Rasa Cinta’,” ujar Daus.

– Gua.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");