Isu Panas

Hudud: DAP tidak bertolak ansur dengan kawannya

guan eng_2

DAP akan memberitahu Pas pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud dan pasti membantah habis-habisan sekiranya rakan dalam pembangkang itu mahu membawa isu tersebut ke Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bantahan ke atas pelaksanaan hukum hudud bukan sahaja menjadi perjuangan mendiang Karpal Singh semata-mata tetapi ia merupakan pendirian DAP.

“Perkataan Pengerusi DAP sudah tentunya mewakili parti dan tidak kira sama ada beliau masih ada atau tidak, DAP masih berpegang kepada pendirian untuk menentang pelaksanaan hukum hudud.

“DAP akan memberitahu Pas bahawa walaupun kita berkawan, tetapi kita juga tidak akan bertolak ansur dengan prinsip yang ada.

“Jika Pas berkeras mahu melaksanakan hukum hudud melalui Parlimen, maka kita pasti akan menentang habis-habisan. Kita tidak seperti MCA yang tidak berani menentang UMNO,” katanya seperti dilaporkan China Press.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");