Sukan Hari Ini

Tugas Moyes berakhir Sabtu, van Gaal ambil alih?

david van gaal
JURULATIH Kebangsaan pasukan bola sepak Belanda, Louis van Gaal bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan bersama Manchester United untuk menggantikan pengurus sedia ada The Red Devils, David Moyes yang dikhabarkan kuat bakal dipecat dalam masa 24 jam lagi.

The Mirror melaporkan bahawa beberapa laporan majoriti akhbar terkemuka di Eropah secara serentak hari ini mula menyiarkan laporan muka depan bahawa Moyes bakal dipecat daripada menguruskan pasukan The Champions itu yang kurang setahun dilantik menerajui kelab Old Trafford itu.

Namun, difahamkan bahawa Lembaga Pengurusan kelab paling berjaya di England itu kini dikatakan hilang kesabaran berikutan prestasi hambar pasukan kendalian Moyes dengan mengalami 11 kekalahan dalam Liga Perdana England (EPL) pada musim ini dan yang terakhir kalah 2-0 di tangan Everton pada aksi malam kelmarin.

Malah bekas Pengurus Barcelona dan Bayern Munich, Louise van Gaal dijangka akan bertemu dengan lembaga pengarah pentadbiran Manchester United pada minggu ini untuk menandatangani kontrak sebagai pengganti Moyes.

Terdahulu, Van Gaal turut dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama sebuah lagi kelab EPL, Tottenham Hotspur yang kini sedang mencari pengurus baharu selepas posisi itu kosong berikutan pemecatan Andres Villas Boas yang kini mengemudi tugas sebagai jurulatih bersama kelab Ukraine.

Namun, difahamkan bahawa van Gaal sedang menantikan tugas untuk menerajui Man United tanpa menjanjikan sebarang komitmen atau kata putus kepada Lilywhites atau kelab White Hart Lane itu.

van Gaal akan disuntik dengan dana kewangan untuk musim perpindahan pemain berjumlah £200 juta RM1.09 bilion daripada keluarga Glazer selepas pemilik rasmi kelab itu didakwa hilang kepercayaan terhadap Moyes dalam membelanjakan wang berjumlah besar itu ketika musim perpindahan pemain bermula Jun ini.

Kebanyakan akhbar dan tabloid di Eropah melaporkan bahawa Moyes mungkin akan dipecat sebelum aksi menentang Norwich City di Old Trafford pada Sabtu ini dengan pemain veteran Man United, Ryan Giggs Pengurus Sementara, sehingga penghujung musim ini.

Beberapa laporan lain di benua itu turut mencadangkan pengurus kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, iaitu Jurgen Klopp satu lagi calon paling berkelayakan yang menjadi sasaran Red Devils untuk mengambil alih tugas moyes sebagai pengurus pasukan di Old Trafford, tetapi difahamkan belum dapat dihubungi dan tiada sebarang perbualan dilaporkan sebagai pengesahan sehingga kini.

Kegagalan Manchester United yang agak teruk pada musim ini menyaksikan David Moyes menjadi kecaman kuat sebagai kambing hitam yang didakwa memusnahkan legasi kegemilangan dan rekod pencapaian terbaik 26 tahun kelab itu oleh para penyokong setianya.

Lebih malang lagi, The Red Devils mencatat pungutan jumlah mata paling rendah sepanjang aksi dalam liga domestik itu selain merekodkan 11 kekalahan selain gagal mara dalam kesemua perebutan piala termasuk tidak akan beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas 18 musim dilihat sebagai antara pasukan digeruni lawan di pentas Eropah.

– MalaysiaGazette.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");