Sukan Hari Ini

Insiden terowong: FAM cukup bukti, kata KJ

kj

PUTRAJAYA – Bukti yang dimiliki Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cukup untuk mengambil tindakan disiplin berhubung ‘insiden terowong’, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, FAM tidak memerlukan bukti sekukuh polis untuk tindakan tatatertib.

“Untuk tindakan disiplin FAM, tak perlu bukti kukuh sangat macam polis.

“Tanpa saya lihat pada bukti itu pun boleh nampak ada sesuatu yang sudah melanggar peraturan di situ (terowong),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Belia: Gagasan Konuniti Asean di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini beliau berkata, FAM boleh mulakan siasatan berhubung ‘insiden terowong’ tanpa menunggu hasil siasatan polis jika ingin menyelesaikan kes tersebut dengan segera.

Sehubungan itu, beliau telah menemui Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin bagi menjelaskan kenyataannya itu namun beliau tidak pasti tindakan selanjutnya yang akan diambil FAM.

“Saya ulas lanjut kenyataan saya itu kepada Datuk Hamidin. Saya kata FAM ada bukti dan sebenarnya boleh anbil tindakan.

“Saya kata penyokong dan pemerhati bola sepak sedang menunggu,” katanya.

Beliau juga terus menggesa agar proses siasatan ke atas ‘insiden terowong’ dipercepatkan.

“Saya minta FAM percepatkan proses ini. Saya tak tahulah kenapa lambat sangat,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");