Jenayah

Jantina bayi tak dapat diketahui

buang bayi

BANDARAYA MELAKA – Jantina bayi yang ditemui di dalam longkang sebuah rumah di Kampung Limbongan, di sini, 13 April lalu tidak dapat dikenal pasti oleh pakar bedah berikutan mayat itu sudah reput.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, malah usia bayi berkenan juga tidak dapat dipastikan doktor meskipun selepas bedah siasat dilakukan.

“Keadaan mayat sudah kompos menyebabkan kemaluannya tiada selain usianya juga tidak dapat dipastikan. Malah, doktor hanya dapat memastikan kematian sudah melebihi 24 jam,” katanya di sini, semalam.

Menurut Raja Shahrom, mayat bayi malang itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi urusan pengkebumian.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat. Bagaimanapun siasatan kes tetap diteruskan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");