Perak Hari Ini

MH370: Siasatan Terhadap Raja Bomoh Masih Berjalan

gambar raja bomoh
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria menegaskan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) sedang menjalankan siasatan terhadap Raja Bomoh yang melakukan ritual bertentangan syariat Islam di Menara Condong Teluk Intan bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

“Siasatan terhadap perbuatan Raja Bomoh tersebut masih lagi berjalan.

“Saya mohon semua pihak bersabar dan menunggu hasil siasatan yang dibuat oleh JAIPk,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh, hari ini.

Mengulas mengenai kegiatan ritual yang dilakukan Raja Bomoh berkenaan di lokasi kemalangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh baru-baru ini, Mohd Nizar berkata, pihaknya belum lagi mendapat kesahihan berhubung kejadian itu.

“Saya akan berjumpa dengan JAIPk untuk mendapatkan maklumat yang terperinci mengenai perbuatan terbaru Raja Bomoh itu,” tegasnya lagi.

Berikutan kemalangan itu, Raja Bomoh dilaporkan telah mengunjungi lokasi kejadian sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk

Beliau juga mendakwa kematian mendiang Karpal berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung dan beliau telah pergi ke lokasi itu untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi,” beliau dilaporkan berkata sejurus melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");