Membawang Hari Ini

Jep Sepahtu Maki Peminat?

KONSERT AMBANK AMBANG TAHUN BARU
BARU-baru ini Mizz Lahar menerima satu kiriman e-mel daripada seorang pembaca yang meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap anggota Sepahtu iaitu Jep yang dikatakan telah memaki peminat.

Menurut pembaca tersebut, kejadian itu berlaku ketika satu perlawanan bola sepak yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil membabitkan pasukan Super Lawak FC pada 23 Mac lalu.

Ujarnya, ada salah seorang peminat yang mahu mengambil gambar dengan Jep tetapi telah dilemparkan dengan kata-kata kesat yang berbunyi, “Kau ni kejap lagi tak boleh ke? Bodoh betul la.”

Akibatnya, peminat tersebut berasa sedih dengan tindakan pelawak kesayangannya itu.

Sebenarnya Mizz Lahar agak terkejut kerana sepanjang mengenali Jep, dia bukanlah jenis individu yang mudah memaki peminat. Bagaimanapun, menurut pengirim e-mel ini, memang ramai yang telah menyaksikan kejadian tersebut.

Sekarang ini hanya Jep sahaja yang boleh menjelaskan situasi yang sebenar terhadap insiden yang berlaku. Harap Jep tidak cepat melatah dengan apa yang Mizz Lahar paparkan ini dan tidak perlu bimbang sekiranya berada di pihak yang benar.

MIZZ LAHAR: Kesal dengan sikap seorang artis yang sudah dua kali membatalkan sesi fotografi.

– KOSMO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");