Membawang Hari Ini

Jiyoung tinggalkan Kara

jihyong

Anyonghaseyo! Jika ceritanya bagus dan barisan pelakon pula memberi impak luar biasa, mana-mana drama dari Korea Selatan pasti saja jadi rebutan terutama di negara lain.

Bukan senario asing, malah sudah banyak drama yang sering diminta hak ciptanya berikutan kejayaan drama terbabit meskipun dari segi nilai eksklusif sudah tiada.

Apapun, itu petanda positif terutama buat produser di negara berkenaan apabila kehebatan karya mereka mampu dihidu orang luar menjadikan keuntungan tentu sekali berlipat ganda.

Ini termasuk drama Emergency Couple yang menampilkan pelakon Song Ji Hyo sebagai Oh Jin Hee, Oh Chang Min (Choi Jin Hyuk) dan Guk Chun Soo (Lee Pil Mo).

Nampaknya, drama terbabit juga bakal kehilangan nilai eksklusifnya apabila khabarnya mendapat permintaan hak cipta dari sembilan negara iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Kemboja.

Selain itu, enam lagi negara kini dalam proses memohon untuk mendapat keistimewaan berkenaan.

Mungkin tidak lagi seperti Kara yang dipuja selama ini, seorang lagi anggotanya, Jiyoung sah meninggalkan kumpulan itu kerana mahu melanjut­kan pelajaran.

Selepas Nicole berbuat demikian, penyanyi berkenaan dikhabarkan sudah lama membuat persiapan untuk tujuan itu dan akhir­nya nekad meninggalkan Kara.

“Sejak Januari lalu, Jiyoung sudah menyatakan ke­inginannya untuk menamatkan kontrak dan terbang ke London pada 5 April lalu. Dia bakal memantapkan lagi kemahiran lakonannya di sana serta memperbaiki bahasa Inggeris.

“Kami terpaksa menamatkan kontraknya bersama DSP Media kerana mahu menghormati keputusannya itu. Bagaimanapun, semestinya kami akan terus menyokong Jiyoung dan semoga dia akan berjaya pada masa hadapan,” kata wakil agensinya.

Sementara itu, Gyuri, Hara dan Seung­yeon masih meneruskan aktiviti seni mereka seperti biasa. Meskipun de­ngan kehila­ngan dua ang­gota itu, DSP Media mengesahkan Kara kini merancang melancarkan album baru tahun ini.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");