Perak Hari Ini

Kerajaan Optimis Tarik 5 Juta Pelancong Tahun Ini

nolee

Kerajaan Perak optimis sasaran menarik sekurang-kurangnya lima juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dapat dicapai oleh negeri tersebut.

Exco Pelancongan negeri, Nolee Ashilin Mohamad Radzi bagaimana pun, mengakui tragedi kehilangan pesawat MH370 sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri pelancongan Perak.

“Melalui Perak Tourism Management Berhad, pelbagai pendekatan yang memberi fokus utama kepada tujuan promosi dan pemasaran pelancongan Perak akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran itu,” katanya.

Jelasnya lagi, penganjuran acara, pembangunan dan menaiktaraf infrastruktur dan latihan asas juga diketengahkan untuk mempromosikan produk pelancongan baru.

Antara promosi yang dijalankan ialah Familiarization Trip yang telah berjaya membawa pulangan lima kali ganda kepada pemain-pemain industri yang menyertai ‘business matching’ tersebut.

“Kerajaan negeri bertindak menyelaras, membangunkan dan menyediakan pelbagai pakej pelancongan baru dan khusus mengikut kategori masing-masing,” katanya pada sesi penggulungan Sidangan DUN Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Jelas Nolee lagi, fokus utama diberi kepada pasaran Eropah (Jerman dan United Kingdom), UK Ecotourism dan World Heritage Site, Middle East-Pangkor, Water Park, Singapura, China Food and Heritage Trail dan homestay.

“Pelancongan kesihatan yang meliputi pasaran di Indonesia tidak dilupakan dan pelancongan domestik adalah kekuatan Perak yang tidak boleh diabaikan sama sekali,” tegasnya.

Selain itu, pelbagai usaha diperkasakan kerajaan bagi mempertingkatan perkhidmatan pelancongan di Perak termasuklah yang berkaitan dengan jumlah pemandu pelancong.

Jelas Nolee, terdapat seramai 116 pemandu pelancong Alam Semulajadi Setempat (Green Badge Guide) yang aktif di seluruh Perak.

“Kursus tambahan bagi meningkat pengetahuan dan penguasaan bahasa pemandu pelancong akan dianjurkan pada Mei nanti,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri juga sentiasa memantau dan meningkatkan kemudahan pelancongan dengan kerjasama pihak swasta dan pelabur untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");