Jenayah

Takut kantoi dengan isteri

image

Mohd Nazri (kiri) takut sekiranya isterinya tahu dia menghisap dadah:-

GEORGETOWN – ‘Saya tidak mahu kena penjara, nanti isteri akan tahu saya hisap dadah,” demikian rayuan seorang lelaki di dalam kandang tertuduh Mahkamah Majistret.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Rahim, 31, itu dihadapkan atas tuduhan menggunakan dadah pada 6 Mac 2014.

Mengikut kertas pertuduhannya, dia didapati memberikan diri sendiri dadah di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Akibatnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2004) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan itu, tertuduh juga boleh dikenakan pengawasan dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Mohd Nazri yang kelihatan tenang di mahkamah kemudiannya mengaku bersalah dan merayu supaya hukuman diringankan setelah disabitkan bersalah oleh Majistret, Umma Devi Loganathan.

Tertuduh yang tidak bekerja itu mengakui terpaksa menghisap dadah akibat tekanan hidup.

“Saya hanya hisap ketika ada masalah sahaja dan bukan untuk dijual kepada sesiapapun dan saya juga tidak mahu sesiapapun tahu saya menghisapnya.

“Lebih-lebih lagi isteri, pasti dia akan kecewa,” katanya.

Umma kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 terhadap tertuduh.

Jika gagal bayar lima bulan penjara, Mohd Nazri turut dikenakan tindakan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");