Sukan Hari Ini

Chelsea ‘kacau daun’ Liverpool

su_01.1

LIVERPOOL – Misi Liverpool untuk menjulang kejuaraan pertama Liga Perdana England sejak 1990 berdepan kesulitan selepas tewas 0-2 kepada musuh tradisi, Chelsea malam tadi.

The Reds tampil selaku pendahulu liga gagal memanfaatkan kelebihan sendiri meskipun menyaksikan pengurus The Blues, Jose Mourinho menurunkan skuad kedua ketika berkunjung ke Stadium Anfield.

Dalam aksi hangat tersebut, anak-anak buah Brendan Rodgers mengasak benteng pertahanan Chelsea sebaik perlawanan dimulakan.

The Blues yang mempraktikkan corak bertahan mengejutkan pasukan tuan rumah apabila penyerang, Demba Ba membuka tirai jaringan pada masa kecederaan babak pertama perlawanan.

Kejayaan itu hadir apabila Ba mengambil kesempatan sebaik kapten Liverpool, Steven Gerrard tergelincir ketika cuba melakukan hantaran dan pemain kelahiran Senegal itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan penjaga gawang The Reds, Simon Mignolet.

Chelsea menghukum keghairahan Liverpool yang memburu jaringan penyamaan apabila bintang Brazil, Willian meledak gol kemenangan pasukan pelawat hasil hantaran daripada bintang Sepanyol, Fernando Torres pada masa kecederaan.

Selepas aksi menentang The Reds, The Blues bakal menentang Atletico Madrid untuk aksi kedua separuh akhir Liga Juara-Juara pada Rabu ini disusuli pertemuan dengan Norwich City, Ahad ini. Liverpool pula akan berkunjung ke Crystal Palace dalam misi memburu kejuaraan liga, Selasa ini. –

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");