Jenayah

Tempah motor curi menerusi Facebook?

curi motor

KULIM – Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta pihak berkuasa membuat siasatan terhadap beberapa barangan disyaki barang curi dijual secara terbuka di laman sosial Facebook.

Katanya, beliau telah menerima banyak aduan mengenai masalah berkenaan.

Menurutnya, masalah kecurian motosikal berlaku setiap hari dan ada dalam kalangan pemilik akaun di Facebook yang menjual alat ganti dipercayai diperoleh dari motosikal curi.

Katanya, selain peralatan alat ganti motosikal, pembeli juga boleh menempah motosikal curi dari internet.

“Ini satu masalah serius apabila teknologi perhubungan hari ini disalah gunakan. Saya terkejut apabila ada dalam kalangan remaja terlibat menjual peralatan alat ganti
motosikal ini dengan harga murah melalui Facebook. “Bukan sahaja alat ganti, malah keseluruhan komponen motosikal juga boleh diperoleh di ruangan itu,” katanya.

Katanya, barangan alat ganti yang dijual dengan harga terlalu murah sebagai contoh, satu set tayar hadapan dan belakang motosikal dijual dengan harga RM150.

Zailan meminta pihak terlibat menyiasat supaya kegiatan ini dapat dibanteras.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");