Sukan Hari Ini

Madzli umum persaraan buat kali kedua

mohd madzli ikmar

Kuala Lumpur: Susulan faktor usia yang makin meningkat menyebabkan tonggak pertahanan berpengalaman, Mohd Madzli Ikmar mengumumkan persaraan buat kali kedua dalam tempoh 15 tahun bersama pasukan hoki kebangsaan, semalam.

Ia sekali gus menjadi minggu malang buat skuad hoki kebangsaan kerana sebelum ini terpaksa menelan hakikat pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim disahkan tidak sempat pulih untuk beraksi pada Piala Dunia Hoki di The Hague, Belanda, bulan depan.

Tak boleh halang

Perkara itu disahkan ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, selepas menerima surat rasmi daripada pemain berusia 35 tahun itu dengan alasan faktor umur dan kecergasan diri yang mulai menurun.

“Saya tidak boleh halang, ini kemahuannya. Selepas dia menghantar surat menerusi emel, saya ada cuba ajak berbincang namun dia bertegas untuk mengundur diri.

“Lagipun dia melihat kesukaran untuk pulih daripada keletihan menghadapi sesuatu perlawanan termasuk tidak mampu mengikuti latihan fizikal yang disusun sebagai penghalang untuk terus menyumbang keringat,” kata Dhaarma yang sedang mempersiapkan pasukan hoki kebangsaan mengharungi Cabaran Juara-Juara 1, bermula 26 April ini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");