Sukan Hari Ini

Jaringan Bonucci legakan Juventus

bonnucci

Paris: Juventus kekal bersaing merebut gelaran Liga Europa selepas kemenangan 1-0 di Lyon dalam saingan suku akhir pertama yang sukar dilupakan, awal pagi semalam.

Selepas menamatkan rentetan tanpa kalah dalam 14 perlawanan apabila tewas 2-0 kepada Napoli hujung minggu lalu, Juve meneruskan rentak kemenangan di Perancis.
Mereka seakan-akan berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan sehingga Leonardo Bonucci memecah kebuntuan berbaki lima minit perlawanan untuk merakamkan kemenangan penting itu.

Taktik kawalan

Sebelum itu, Mirko Vucinic yang tidak dikawal berjaya melepaskan sepakan tetapi melepasi palang dalam jarak hanya enam meter yang menunjukkan kurangnya kualiti penyudah.

Lyon bergelut untuk mendapatkan peluang lebih bermakna manakala bintang Juventus dari Argentina, Carlos Tevez menanduk liar pada babak pertama.

Tevez, yang sudah mengumpul 18 gol dalam Serie A musim ini, kekal tanpa sebarang gol dalam saingan peringkat benua itu sejak menjaringkan gol buat Manchester United berdepan Porto pada Liga Juara-Juara 2008/09.
“Ia amat sukar ketika Lyon cuba menyekat kami daripada bermain dengan menggunakan taktik kawalan pemain di seluruh padang,” kata jurulatih Juventus, Antonio Conte. – Agensi

LIGA EUROPA:
Keputusan suku akhir pertama
FC Porto 1 Sevilla 0
AZ Alkmaar 0 Benfica 1
Lyon 0 Juventus 1
FC Basel 3 Valencia 0

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");