Jenayah

Mayat bayi disangka bangkai

mayat bayi 2

MELAKA – Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bau busuk di longkang hadapan rumah mereka di Kampung Limbongan, di sini, kelmarin, berpunca daripada mayat bayi yang sudah reput, tanpa isi perut.

Mereka ternampak mayat itu ketika hendak membersihkan longkang yang disangka tersumbat dengan bangkai ayam kira-kira jam 6 petang.

Bagaimanapun, Suhaizam Mohd Nor, 30, dan isterinya, Zulita Jost, 28, tergamam apabila melihat cebisan daging dan kaki mayat bayi yang sudah reput.

Menurut Suhaizam, mereka mengangkat besi penutup longkang setelah nampak apa yang mereka sangka bangkai ayam di situ.

“Isteri saya menarik dengan pengaut besi dan dapati ia kaki bayi. Saya kemudian membuka satu lagi penutup besi dan nampak bahagian lain bayi dalam keadaan terlangkup,” katanya.

Menurutnya, bentuk kepala tiada sempurna dan perut berlubang.

“Saya panggil beberapa jiran. Mereka pun percaya itu mayat bayi. Lepas itu kami hubungi polis,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mayat bayi, yang masih tidak diketahui jantinanya, dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");