Jenayah

Wanita mati terjatuh dari tingkat lima

jatuh

GEORGETOWN – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah rumah di Fortune Court, Air Itam di sini awal pagi tadi.

Mayat wanita yang dikenali sebagai Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring berlumuran darah oleh penduduk di kawasan berkenaan kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu baharu sahaja dihantar oleh bekas majikannya ke rumah ejen yang terletak di tingkat lima perumahan berkenaan petang semalam.

Orang awam yang menemui mayat mangsa segera menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-dua belah kakinya patah.

Pasukan perubatan dari Hospital Pulau Pinang (HPP) juga dikejarkan ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa.

Menurut sumber, visa kerja wanita berkenaan juga dikatakan telah tamat tempoh hampir setahun lalu dan akan dihantar pulang ke negara asalnya tidak lama lagi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk dibedah siasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");