Jenayah

Padah miliki 5 mercun bola

mercun

KOTA BHARU – Seorang pekerja kedai makan didenda RM500 oleh mahkamah majistret di sini, semalam, selepas didapati bersalah miliki lima mercun bola, 9 April lalu.

Hukuman tersebut diputuskan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap Muhammad Shafiq Aiman Abdullah, 19, mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjarakan dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh mengaku memiliki bahan letupan itu tanpa permit sah di Lorong Pakatan Jalan Panji, kira-kira jam 1.45 pagi pada 9 April 2014.

Mengikut fakta kes, dia ditangkap oleh polis di lorong tersebut pada 9 April lalu bersama lima mercun bola pelbagai warna di poket belakang seluar paras lutut yang dipakainya.

Ketika rayuan, tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan alasan perlu menyara isteri dan anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan orang ramai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");