Jenayah

Padah terima rasuah kamera digital

padah

JOHOR BAHRU – Seorang pengetua sekolah vokasional di sini, dijatuhi hukuman denda RM5, 000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menerima rasuah kamera  digital, empat tahun lalu.

Hakim, Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan Zainuzzaman Mohd Salleh, 50, dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Zainuzzaman didakwa telah menerima suatu benda berharga iaitu sebuah kamera jenis Canon Ixus 130 bernilai RM730.

Ia adalah sebagai balasan daripada Norizan Sahardin yang bekerja sebagai kontraktor perkhidmatan mencuci bangunan dan membersihkan kawasan sekolah serta asrama pada Disember 2010.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Fazlin Hamdan, manakala tertuduh diwakili peguam, P Rasalingam.

Sementara itu, ketika mengemukakan rayuan, Rasalingam memberitahu ia adalah kesalahan pertama dihadapi tertuduh selain meminta mahkamah mengambil kira perkhidmatan yang telah disumbangkan serta kerjasama yang diberikan kepada SPRM sepanjang prosiding dijalankan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");