Jenayah

Pengarah didakwa palsukan penyata

mahkamah 1

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat pemaju perumahan di hadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas dua tuduhan memalsukan penyata untuk mengurangkan bayaran cukai berjumlah RM637,667.39 sembilan tahun lalu.

Ng Sai Bee,73, yang tidak hadir diwakili anaknya, Ng Siao Bee, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa dengan sengaja dan mengelakkan cukai dengan memalsukan penyata tuntutan perbelanjaan Syarikat Hock Ban Seong & Company Sdn Bhd berkenaan tuntutan bayaran untuk kos pembelian daripada PBA Design dan Kemuncak Construction Enterprise yang berjumlah RM1,553,000 yang menyebabkan cukai sepatutnya dibayar berkurang sebanyak RM388,472.29 pada 2005.

Sai Bee juga didakwa dengan tujuan yang sama daripada syarikat sama yang berjumlah RM879, 915 yang menyebabkan cukai sepatutnya dibayar berkurang sebanyak RM249,195 pada tahun 2006.

Perbuatan dilakukan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Shah Alam pada 6 April 2010.

Pendakwaan dikendalikan oleh Peguam Kanan LHDN, Norzilah Abdul Hamid mengikut Seksyen 114 (1) (B) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Jika sabit kesalahan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun dan penalti khas tiga kali ganda dari jumlah cukai terlibat.

Majistret, Farah Azura Mohd Saad menetapkan 7 Mei depan sebagai pengurusan kes.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");