Perak Hari Ini

Perak Giat Promosi Pelancongan Di Switzerland

luzern

Kerajaan Perak kini bekerjasama dengan Luzern School of Tourism dan operator pelancongan di Switzerland bagi menarik lebih ramai pelancong melawat negeri itu di masa akan datang.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, sebagai permulaan, delegasi yang disertai 75 peserta yang terdiri daripada pelajar dan golongan profesional itu akan berada di Ipoh selama lima hari dan kemudiannya dibawa mengunjungi Hutan Royal Belum di Grik pada dua hari berikutnya.

“Ia merupakan satu permulaan kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak Luzern School of Tourism untuk membawa lebih ramai pelancong dari Switzerland di masa akan datang.

“Kunjungan delegasi ini adalah susulan daripada lawatan dan promosi pelancongan yang kita sertai di Berlin, Jerman sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, 80 peratus peserta delegasi itu katanya, adalah golongan profesional yang terbabit secara langsung dalam sektor pelancongan di Switzerland.

 

nolee

Mempraktikkan lawatan berasaskan penyelidikan di sekitar Ipoh dan Hutan Royal Belum, usaha kerajaan itu kata Nolee Ashilin, diharap dapat mempromosikan Perak di bumi Switzerland memandangkan jumlah pelancong dari negara itu agak kurang.

“Perak menerima ramai pelancong dari benua Eropah tetapi kurang pendedahan di negara Switzerland.

“Justeru itu, kita menjalin kerjasama dengan pelajar dan pemain industri di sana untuk mempromosi dan menaikkan lagi imej Perak dalam sektor pelancongan,” katanya lagi.

Sementara itu, ahli lembaga sekolah itu, Manfred Ritschard berkata, bandar raya Ipoh menjadi destinasi pilihan pada tahun ini dan menyifatkan Perak mempunyai tarikan tersendiri dalam eko-pelancongan.manfred

Peserta delegasi katanya, akan mendengar taklimat berkaitan pembangunan sektor pelancongan yang dirancang di bandar raya Ipoh.

“Eko-pelancongan perlu diberi perhatian kerana ia begitu penting bagi pelancong Switzerland yang begitu prihatin dalam aspek pemuliharaan alam sekitar,” katanya lagi.

Operator pelancongan di Switzerland, Andy Kuhn, pula berkata bandar raya Ipoh menawarkan pelbagai produk dan lokasi menarik untuk diterokai para pelancong khususnya dari negara terbabit.

“Bandaraya Ipoh khususnya dan Perak amnya masih lagi belum dikenali di Switzerland dan melalui seminar anjuran Luzern School of Tourism, ia secara tidak langsung dapat memberi lebih banyak input dan promosi mengenai kedua-dua destinasi ini,” tegasnya lagi.

Salah seorang peserta yang ditemui, Christian Keil, 35, berkata beliau begitu teruja kerana terpilih rombongan itu.

keil

“Saya ingin menerokai keunikan bandar raya Ipoh dan negeri Perak selain menyelami adat budaya masyarakat di sini,” katanya lagi.

Lawatan ke Hutan Royal Belum paling dinanti-nantikan tegas Christian, yang sebelum ini pernah mengunjungi Taman Negara di Pahang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");