Jenayah

Salah potong wayar, 3 lelaki gagal curi motosikal

curi motor

KUALA KURAU – Gara-gara tersalah memotong wajar bagi menghidupkan enjin, tiga lelaki berputih mata selepas gagal melarikan sebuah motosikal di hadapan sebuah pasaraya di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam di Pusat Bandar Parit Buntar, pemilik motosikal, Azhar Abdul Rahman, 53, sedang membeli barangan dapur di sebuah pasaraya sebelum terkejut apabila mendapati terdapat tiga individu dalam keadaan mencurigakan berhampiran motosikalnya.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki terbabit bagaimanapun segera meninggalkan kawasan parkir motosikal tersebut selepas melihatnya.

“Saya mendekati motosikal Yamaha 125Z milik saya dan terkejut melihat wayar di bahagian penghidup enjin dipotong, manakala plastik pelindung rangka motosikal dipecahkan.

“Saya percaya ketiga-tiga lelaki itu cuba mencuri motosikal saya tetapi tersilap potong wayar,” katanya ketika ditemui semalam.

Azhar berkata, walaupun motosikalnya dirosakkan namun dia bersyukur ia tidak sempat dilarikan penjenayah terbabit.

“Saya segera periksa keseluruhan motosikal kerana sangka komponen penting seperti karburetor dicuri, namun lega setelah mendapati wayar dipotong sebenarnya hanyalah wayar bateri motosikal yang disambung pada hon,” katanya.

Menurutnya, dia tidak membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut namun berharap tahap keselamatan di kawasan awam ditingkatkan bagi mengelak kejadian sama berulang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");