Isu Panas

PKR tidak boleh terus dibayangi Anwar

azmin 2

“Jangan terus dibayangi Anwar. PKR bukan parti milik dia. Semua ahli mesti membuka minda demi survival parti ini dalam landskap politik semasa.”

Itu tegas Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali ketika berucap pada satu majlis di Permatang Pauh semalam dalam siri kempen mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan bulan depan.

Katanya, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum PKR, tidak semestinya dia tidak boleh ditegur langsung.

“Ahli mesti berani bergerak melebihi Anwar dan kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan professional setanding Anwar atau lebih hebat daripada dia demi parti.

“Buat masa ini, PKR masih memerlukan kepimpinan Anwar tetapi kita perlu memikirkan pelapis yang setanding untuk memastikan parti kita ini terus dominan terutama dalam aspek kerjasama dengan PAS dan DAP,” jelasnya.

Sebagai peringatan kata Azmin, untuk mendapatkan barisan kepimpinan yang hebat, ahli parti perlu meneliti kredibiliti calon yang bertanding pada pemilihan Mei ini.

“Buat pilihan yang tepat dan pastikan pilihan anda itu menepati kriteria seorang pemimpin hebat seperti Anwar. Ingat ya, bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk berada dalam parti PKR ketika ini kerana cabarannya terlalu besar,” katanya.

-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");