Isu Panas

Rozi: Saya bukan calon MB

ROZI mamat

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat menempelak pihak yang tidak bertanggung jawab menyebar fitnah berhubung dakwaan mengaitkan namanya sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Sebaliknya, Adun Telemong itu tampil menafikan dakwaan yang hangat diperkatakan di laman sosial dan blog, kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Said menerajui pucuk pimpinan pentadbiran negeri.

Menurutnya, dakwaan itu  sebenarnya adalah spekulasi politik yang berlaku di Terengganu dan tidak pernah berhenti dari dulu hingga sekarang.

“Saya harap mereka yang menyebarkan cerita-cerita palsu ini supaya berhenti daripada terus berbuat demikian dan tidak sepatutnya berlaku kerana dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sepatutnya kita sebagai umat Islam, jika tidak mampu menjadi garam di lautan, jangan kita jadi langau yang boleh memburukkan keadaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Bapa dan Jabatan Angkat Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang tersebar di laman sosial dan blog, yang mengaitkan sumber yang boleh dipercayai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik sebagai berkata, bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi.

Menurut artikel itu, Ahmad Said telah dijanjikan dengan satu jawatan baharu yang tidak dipastikan ‘post’nya.

Pertukaran itu dikatakan  berpunca daripada laporan ‘geng Idris Jusoh’ yang bukan sahaja menyebut Ahmad Said membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat, bahkan beliau juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh Umno Pusat sebelum ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");