Jenayah

Sampel tompokan minyak perlu masa diuji

angus

SHAH ALAM – Sampel tompokan minyak yang dikesan di kawasan pencarian pesawat MAS MH370, petang semalam memerlukan masa beberapa hari untuk diuji.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, masih belum dapat dipastikan tompokan minyak yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shield di kawasan pencariannya itu mempunyai kaitan dengan pesawat tersebut.

“Saya boleh melaporkan bahawa kapal Australia Ocean Shield mengesan tompokan minyak petang semalam di kawasan pencarian. Satu sampel dua liter telah dikutip dan kami memerlukan beberapa hari untuk menguji sampel minyak ini dan ditentukan secara konklusif.

“Saya ingin menekankan sumber minyak ini belum dipastikan. Tetapi tompokan minyak ini berada pada anggaran 550 kilometer daripada isyarat ping yang dikesan oleh Ocean Shield,” katanya dalam sidang media, di Perth, hari ini.

Beliau turut menolak andaian tompokan minyak itu berpunca daripada kapal yang terlibat dalam operasi pencarian.

“Kami tidak rasa ia datang daripada kapal pencarian. Tapi kami akan tetap menyiasat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiada pengesanan isyarat yang disahkan sejak malam Selasa, minggu lalu.

“Meskipun kekurangan isyarat dikesan, empat isyarat sebelum ini masih menjadi petunjuk penting. Analisis empat isyarat ini membolehkan kawasan di dasar laut carian dikurangkan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");