Membawang Hari Ini

Sorok hubungan cinta

korea

PENYANYI Girls Generation iaitu Tiffany akhirnya mengakui menjalin hubungan cinta dengan ahli kumpulan 2PM iaitu Nichkhun.

Portal Sports Seoul melaporkan pasangan itu bercinta sejak beberapa tahun lalu dan pernah menetap bersama-sama di Amerika Syarikat pada 2013.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Tiffany dan Nichkhun enggan mendedahkan hubungan berkenaan kerana bimbang kerjaya nyanyian mereka yang sedang meningkat akan terganggu.

“Kedua-dua merupakan bintang popular, jadi mereka perlu berhati-hati kerana bimbang kerjaya yang baru sahaja meningkat naik ketika itu akan musnah,” katanya.

Gosip hubungan mereka semakin diperkatakan apabila pasangan itu beberapa kali dilihat menghabiskan masa bersama-sama dalam suasana romantik biarpun menyedari ia menjadi perhatian umum.

Tiffany dan Nichkhun pernah bernaung di bawah agensi model yang sama iaitu Elite selain bergandingan mengacarakan sebuah konsert K-Pop di Thailand.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");