Jenayah

Tong sampah jadi hiasan?

tong sampah

ALOR SETAR – ‘Bagai kera mendapat bunga’. Itulah layak digambarkan apabila tong sampah disediakan di Taman Samudera, dekat sini, didakwa tidak digunakan sebaik mungkin.

Tinjauan mendapati ada sisa pukal seperti kerusi dan tilam, malah sampah lain diletakkan penduduk tertentu di kawasan tanah lapang, berbanding tong sampah tersedia itu.

Namun, seorang penduduk hanya ingin dikenali Ah Keong, 35, berkata, tidak semua penduduk sesuka hati melonggokkan sampah di atas tanah, sebaliknya individu tertentu sahaja.

“Bukan sepanjang masa, sebaliknya masa tertentu sahaja. Ini kerana tong sampah sedia ada tidak mampu memuatkan sampah pukal seperti perabot lama.

“Tidak dinafikan. Ada kalanya, kawasan berhampiran tapak longgokan sampah terbabit dipenuhi sisa buangan penduduk sehingga mencemarkan kawasan ini,” katanya.

Nur Nabilah Mustafa, 25, berkata, tindakan penduduk sesuka hati meletakkan sampah mereka di lokasi tidak sepatutnya, dikhuatiri menjejaskan imej kawasan itu.

“Bukan hanya menyakitkan mata, sebaliknya mencacatkan pemandangan kawasan. Jadi, penduduk sendiri perlulah bertimbang rasa untuk keselesaan bersama,” katanya.

Katanya, mereka turut memohon pihak berkaitan meletakkan tong sampah besar demi kemudahan mereka, sekali gus memastikan kebersihan kawasan ini terpelihara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");