Jenayah

Bakar ATM: Polis buru suspek warga tempatan

bakar atm

KUALA LUMPUR – Polis giat memburu penjenayah yang terlibat dalam kejadian pecah dan bakar mesin pengeluaran wang tunai (ATM), di Jalan Ipoh, Bandar Baru Sentul, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek terlibat dipercayai warga tempatan.

“Difahamkan mereka ini memakai topeng. Kita sudah panggil beberapa saksi kejadian untuk dapatkan keterangan.

“Namun, belum ada petunjuk positif,” katanya.

Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi, empat penjenayah disyaki menaiki kereta Proton Saga FLX bertindak memecah kios ATM Bank Islam yang berada bersebelahan masjid.

Namun, penjenayah tersebut gagal melarikan wang lalu berang dan membakar ATM berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");