Jenayah

Bengkel Kereta Hangus

bengkel terbakar

KUANTAN: Sebuah kedai tayar dan servis membaiki kereta di Jalan Beserah di sini musnah dalam kebakaran pada malam Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan perkara itu pada 10.07 malam.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke stesen minyak dan lot kedai yang bersebelahan kedai tayar berkenaan.

“Empat jentera dengan kekuatan 32 anggota dari tiga Balai Bomba di Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota dihantar ke tempat kejadian. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai itu Yap Yun Hock, 60-an, berkata beliau mendapat panggilan mengenai kebakaran itu dari seorang pekerjanya pada 10 malam.

Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan lebih RM1 juta, katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");