Jenayah

Ditembak di majlis takziah

jenayah

Klang: Seorang lelaki yang menghadiri upacara memperingati kematian bapa saudaranya maut, manakala dua rakannya parah selepas diserang sekumpulan tujuh lelaki disyaki ahli kongsi gelap dalam kejadian di Taman Sentosa, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa M Ganeson, 31, dipercayai mati akibat terkena tembakan di dada, manakala rakannya, P Jegathesan, 43, dan P Mohan, 42, masing-masing cedera parah akibat ditetak menggunakan parang panjang.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa bersama kira-kira 10 saudara serta rakan berkumpul berhampiran kediaman mendiang bapa saudara selepas selesai upacara memperingati kematiannya.

“Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang terus melepaskan tembakan ke arah Ganeson diikuti kehadiran sebuah kereta PROTON Perdana hitam dinaiki lima lelaki yang terus menyerang mereka menggunakan parang.

“Sepasukan polis yang kebetulan melakukan rondaan terdengar bunyi tembakan di kawasan itu sebelum terus ke tempat kejadian dan berjaya menahan seorang daripada tujuh suspek,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");