Isu Panas

Tiada Pembubaran DUN Terengganu – Menteri Besar

Ahmad Razif Abdul Rahman 2

PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengesahkan bahawa tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah negeri itu.

Spekulasi mengenai kedudukan negeri tersebar susulan keputusan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Terengganu mengumumkan keluar Umno sekali gus meletakkan kerajaan negeri berkenaan di persimpangan sama ada DUN dibubarkan atau pembangkang membentuk kerajaan baharu.

Tiga Adun berkenaan ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud yang bertindak menjadi wakil rakyat Bebas.

Bagaimanapun, Roslee kemudiannya menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat BN.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2).

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");