Berita Hari Ini

FrogAsia lancar Anugerah Guru Frog 2014

guru

SHAH ALAM – Sebagai tanda penghargaan untuk dedikasi luar biasa golongan pendidik, FrogAsia melancarkan Anugerah Guru Frog 2014 (“Frog Teacher Awards 2014”) yang pertama seumpamanya untuk mengiktiraf dan meraikan para guru yang telah menyumbangkan usaha cemerlang dalam pembentukkan generasi baru melalui ajaran mereka.

Terdapat tujuh kategori anugerah di mana keputusannya ditentukan melalui undianawamakan dibuka kepada calon guru-guru.

Setiap kategori anugerah akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000 bagi setiap guru dan juga hadiah berupa peranti digital seperti Samsung Chromebook4G dan tablet Nexus 7daripada Google.

Penajaan hadiah adalah daripada YTL Foundation, DBS, Google, iHeal dan rakan-rakan kongsi yang lain.

Pencalonan anugerah akan bermula pada Hari Guru iaitu 16 Mei 2014, dan sesiapa sahaja yang memiliki ID 1BestariNet layak mencalonkan guru kesayangan mereka di bawah mana-mana kategori.

Para guru juga boleh mencalonkan nama sendiri, tetapi hanya guru-guru daripada sekolah kebangsaan yang memiliki ID 1BestariNet sahaja yang layak memenangi anugerah ini.

“Sebagai seorang bekas guru, saya setuju bahawa guru-guru memerlukan pengiktirafan dan penghargaan.

“Apalagi cara yang lebih baik daripada satu platform anugerah sempena Hari Guru bagi menonjolkan stail pengajaran yang terunggul di negara ini?

“Inilah masanya untuk melaungkan dengan bangganya perkara-pekara yang menakjubkan hanya mampu dilakukan guru-guru cemerlang!” kata Ketua Bahagian TransformasiFrogAsia, Elizabeth Lopez, dalam satu kenyataan.

Kategori-kategori anugerah yang akan dibuka untuk pencalonan termasuk: Guru Frog Paling Cemerlang (“Most Outstanding Frog Teacher”), Penggunaan Frog Yang Paling Inovatif (“Most Innovative Use of Frog”), Penggunaan Frog Yang Terbaik Dalam Aktiviti Ko-Kurikulum (“Best Use of Frog for Co-Curricular Activities”), Guru Yang Paling Berinspirasi (“Most Inspiring Teacher”), Penggunaan Terbaik Chromebook Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Frog (“Best Use of Chromebooks for Teaching and Learning with Frog”), Penggunaan Terbaik ‘Aplikasi Google untuk Pendidikan’ Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (“Best Use of ‘Google Apps for Education’ for Teaching and Learning”), dan Aplikasi Terbaik untuk ‘Pembelajaran Bila-bila Masa, Di Mana Sahaja’ Melalui Frog (“Best Application of ‘Anytime, Anywhere Learning’ with Frog”).

Anugerah Merit Khusus (“Special Merit Awards”) juga akan dianugerahkan kepada guru-guru yang sumbangan mereka tidak termasuk di bawah mana-mana kategori yang tersebut, namun usaha mereka tetap layak diiktirafkanoleh FrogAsia.

“Di FrogAsia, kami memberi kuasa untuk membangunkan pengguna-pengguna kami melalui teknologi. Kami ingin membantu mereka mencapai lebih daripada tahap yang difikirkan mampu. Pada awal tahun ini, kami telah mencabar pelajar-pelajar untuk melihat pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai sesuatu subjek yang menyeronokkan, dan usaha kami menampakkan 70,000 pelajar dari seluruh negara bersaing sesama sendiri secara dalam talian dengan terujanya dalam satu pertandiangan ejaan perkataan berdasarkan struktur permainan interaksi.

“Dengan Anugerah Guru Frog 2014 ini, kita akan meneruskan dengan tema pemerkasaan individu. Bezanya, kali ini, tumpuan akandiberikan kepada guru-guru. Kami ingin meraikan guru-guru yang berdedikasi memperkasakan generasi baru Malaysia, dengan memberikan tumpuan khas kepada guru-guru inovatif yang berjaya memanfaatkan teknologi demi mencapai maklamat pemerkasaan individu tersebut,” kata Pengarah Eksekutif FrogAsia, Lou Yeoh.

Pencalonan akan dibuka kepada orang ramai untuk menamakan guru kesayangan mereka bermula 16 Mei 2014 dan ditutup pada 16 Jun 2014, melalui laman web Anugerah Guru Frog 2014 di www.frogasia.com/teacherawards.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");