Jenayah

Gerai warga asing disita

gerai disita

KLANG – Sebelas gerai milik warga asing disita dalam operasi pembersihan gerai haram oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Pasar Pagi Jalan Papan, Pandamaran, semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob berkata, operasi selama dua hari berturut-turut itu dilancarkan berikutan aduan serta rungutan orang ramai terhadap aktiviti gerai tersebut sehingga mewujudkan kesesakan serta mencacatkan pemandangan khususnya pada hari cuti.

“Dalam operasi itu, kesemua gerai milik warga asing disita kerana tidak mempunyai lesen penjaja dan ada di antara peniaga berkenaan sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Mohammad berkata, operasi ini diselaraskan oleh Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa MPK.

Menurutnya, tindakan ini dibuat sebagai salah satu usaha MPK untuk membersihkan bandar itu daripada aktiviti yang menyalahi peraturan di bawah kerajaan tempatan terutamanya melibatkan peniaga asing dan operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

Tambahnya, MPK tidak menghalang peniaga tempatan berniaga tetapi mereka perlu dapatkan lesen yang sah, manakala warga asing tidak layak untuk memohon mana-mana lesen menjaja.

“Sekiranya didapati mana-mana warga asing yang menjalankan aktiviti ini, MPK akan terus menyita gerai mereka tanpa mengeluarkan notis terlebih dahulu dan mereka perlu maklum dengan peraturan yang kita kuatkuasakan ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");