Sukan Hari Ini

‘Senjata rahsia’

Tan Boon Heong senjata rahsia Malaysia. Itu pandangan bekas ketua jurulatih beregu lelaki negara Rexy Mainaky yang tidak menolak bahawa bekas anak didiknya itu bakal menjadi senjata rahsia Malaysia pada saingan Piala Thomas kali ini.

Masih belum ada gandingan sebenar sejak pengunduran Koo Kien Keat pada Mac lalu, Rexy beranggapan Boon Heong boleh digandingkan dengan sesiapa saja yang bakal menimbulkan persoalan kepada pihak lawan.

“Saya pasti setiap lawan Malaysia akan fikir siapakah yang akan bergandingan dengannya.

Sebab ketika ini semua tidak tahu tentang situasi itu.

“Malah mereka juga akan tertanya-tanya adakah dia akan diturunkan dalam beregu pertama atau kedua.

Sekiranya diturunkan, lawan juga pasti bimbang adakah mereka mampu mengalahkannya,” katanya ketika ditemui menjelang saingan Piala Thomas, hari ini.

Rexy yang kini menggalas tugas selaku Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) berkata, Boong Heong boleh digandingkan dengan sesiapa saja termasuk bekas gandingannya Hoon Thien How seperti yang sering dilihat pada sesi latihan sejak kebelakangan ini.

“Tahap persefahamannya dengan Thien How sudah terbukti.

Malah corak permainan Thien How kini juga agak konsisten.

“Tapi yang menjadi persoalan ketika ini ialah adakah Boon Heong masih mempunyai semangat dahagakan kemenangan? “Sudah lama dia tidak beraksi dan mungkin jiwanya kosong.

Kalau dia masih ada semangat untuk menang, dia boleh menewaskan sesiapa saja,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");