Berita Hari Ini

GST: Rakyat tuntut jaminan lebihan pendapatan diguna secara berhemah

gambar ramon

Rakyat tidak akan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan dapat memberi jaminan lebihan pendapatan yang diraih daripada cukai berkenaan digunakan secara berhemah.

Perkara itu sebenarnya yang dituntut oleh rakyat khususnya golongan bumiputera yang menentang pelaksanaan GST kerana keprihatinan tinggi mereka terhadap bagaimana kerajaan menguruskan kewangan negara.

Rakyat tahu dan faham kerajaan perlu melaksanakan GST untuk menampung defisit bajet dan bagi menambah pendapatan. Tetapi pada masa yang sama rakyat tidak faham mengapa Laporan Ketua Audit Negara masih berlaku pembaziran dan ketirisan kewangan.

Indeks rasuah juga tidak menurun seperti yang diharapkan oleh golongan pembayar cukai.

Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, rakyat yang menentang GST adalah golongan yang tidak puas hati mengapa mereka perlu bayar cukai jika masih berlaku pembaziran dan gagal menangani gejala rasuah.

“Pembaziran dan rasuah merupakan dua fundamental isu yang menyebabkan penentangan rakyat terhadap GST.

”Perkara paling menjadi tanda tanya rakyat ialah mengapa ‘jerung-jerung’ yang diberi liputan meluas di media tetapi tiada dakwa dikenakan ke atas mereka.

“Dan, kerajaan pula defensif, tidak memberi reaksi terhadap kebimbangan rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tokoh ekonomi itu percaya sekiranya semua kebimbangan rakyat yang penentang GST boleh dijawab oleh kerajaan, penentangan itu lambat-laun akan ditangani juga.

Kerajaan perlulah berhadapan penentangan rakyat terhadap GST secara adil, saksama bukan berdiam diri sahaja, tegas Navaratnam.

Mengulas mengenai GST, beliau mengakui cukai yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) itu baik kepada negara tetapi kelebihan itu tidak diperjelaskan secara terperinci kepada rakyat.

Beliau percaya masih ada rakyat yang tidak tahu apa-apa mengenai GST dan perkara berkenaan perlu tindakan rakyat.

“Kerajaan kata orang miskin tidak terkesan dengan GST tetapi jelaskan apa yang dimaksudkan itu.

“Terang dan fahamkan rakyat dalam bentuk paling mudah. Memang ada penerangan tetapi persoalan yang tidak terjawab lebih banyak.

“Rakyat tidak sabar menunggu penjelasan, sebab itu mereka marah dan tentang GST,” katanya.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");