Membawang Hari Ini

Hip Global: Hugh Jackman jalani rawatan kanser

hugh jackman

Di sebalik kegembiraan mendengar desas-desus Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam X-Men: Apocalypse, peminat aktor berkenaan turut berkongsi kesedihan mendengar berita beliau menjalani pembedahan kedua bagi membuang sel kanser daripada wajahnya.

Kali pertama menjalani pembedahan sama pada November tahun lalu, kali ini Jackman berkongsi pengalaman selepas menjalani prosedur itu menerusi laman Instagram peribadinya bersama hidung berbalut.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap pakar bedah yang menjalankan prosedur dinamakan Basel Cell Carsinoma (BCC) itu selain menasihatkan peminat supaya melakukan langkah pencegahan.

“Sekali lagi melalui Basel Cell Carsinoma. Semua sudah dikeluarkan sekarang. Terima Dr Albom dan Dr Arian. Tolong! Tolong! Tolong! Gunakan krim pelindung matahari,” titipnya di laman berkenaan.

Terdahulu, bintang berusia 45 tahun itu dikesan menghidap kanser berkenaan selepas isterinya, Deborra-Lee Furness, menggesanya menjalani pemeriksaan doktor selepas mendapati terdapat tanda pada hidungnya.

Menerusi perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak, Oscar, 13, serta Ava, 7.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");