Membawang Hari Ini

HIP Global: Lelaki berjambang, berpakaian wanita muncul juara Eurovision 2014

conchita

Sejarah baru dunia program realiti tercipta apabila lelaki berjambang yang memiliki perwatakan wanita berasal dari Austria, dipilih peminat sebagai juara Eurovision 2014 di Copenhagen, Denmark, Sabtu lalu.

Peserta itu yang menggunakan nama pentas, Conchita Wurst, 25, atau nama sebenarnya, Tom Neuwirth mengejutkan banyak pihak yang selama ini tidak menyangka golongan transeksual seperti Wurst mampu memikat ramai peminat. Tidak kurang juga mengaitkan Wurst dengan kejayaan dicapai penyanyi band Culture Club iaitu Boy George pada era 1980-an apabila beliau tampil dengan imej sama.

“Kemenangan ini saya tujukan mereka yang percaya terhadap masa depan kebebasan dan keamanan. Kami adalah perpaduan dan kami tidak boleh dihalang,” katanya sebaik menerima trofi kemenangan daripada juara tahun lalu, Emmelie de Forrest.

Wurst meraih 290 mata mengalahkan naib johan yang memperoleh 238 mata. Ini adalah kejayaan kedua bagi wakil Austria yang pertama kali membawa pulang gelaran juara pada 1966.

Pada peringkat akhir pertandingan itu, Wurst yang tampil berjambang kemas, berambut panjang dan menggayakan gaun malam, mendendangkan lagu ‘Rise Like a Phoenix’ dengan gaya tersendiri dan memikat.

Dianggarkan, seramai 170 juta penonton di Eropah termasuk China dan Australia menyaksikan siaran langsung peringkat akhir Eurovision 2014.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");