Perak Hari Ini

Jangan Tertipu Dengan Helah DAP

RAMESH RAO

Pengundi India dinasihatkan tidak mengundi calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini.

Menurut Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao, ini kerana parti tersebut tidak mempunyai perjanjian atau hala tuju yang jelas untuk masyarakat India.

“Seperti kita lihat di Pulau Pinang, tiada satu pun ‘blue print’ khas untuk hala tuju masyarakat India dalam segi kebajikan dan diwujudkan sejak kerajaan DAP mentadbir negeri pada 2008,” katanya.

Beliau berkata lagi, pengundi India sepatutnya menolak parti pembangkang yang tidak prihatin terhadap kebajikan kaum itu.

“Saya menyeru kaum India menolak DAP kerana parti itu tidak relevan dan tidak akan relevan untuk kaum India,” katanya ketika sidang media di Rumah Rehat Bandar Baru dekat Teluk Intan, semalam.

Oleh itu, pengundi Teluk Intan katanya, tidak harus menjadi mangsa penipuan DAP.

“Saya meminta agar pengundi Teluk Intan supaya jangan tertipu dengan helah DAP dengan mengundi calon mereka, Sabtu ini, ” ujarnya.

Terdahulu, beliau dan juga bekas ahli DAP, Tony Tan Chee Chong telah merangka untuk membongkar kesemua penyelewengan dan penipuan yang telah dilakukan oleh DAP kepada ahlinya yang menyoal tentang tanggungjawab DAP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");