Jenayah

Kereta bertembung, usahawanita maut

kmlangan maut

LABIS – Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan di Kilometer 154.3 Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Sungai Gatom, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Ding Lay Houng, 36, dari arah Labis dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Siput, Segamat selepas menyelesaikan urusan di Chaah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa merupakan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di daerah ini memandu kereta Toyota Vios itu bersama anak lelakinya yang berumur enam tahun.

“Sewaktu tiba di kawasan kejadian, kereta dipandu dipercayai mangsa hilang kawalan sebelum bertembung Toyota Harrier yang datang dari arah Segamat.

“Akibat perlanggaran tersebut, kereta dinaiki mangsa remuk di bahagian hadapan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala anaknya mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS) dan telah dibenarkan keluar,” katanya.

Bagaimanapun, penumpang dan pemandu kereta Toyota Harrier yang merupakan pasangan suami isteri berumur 63 dan 58 tahun yang  berasal dari Kluang itu mengalami kecederaan ringan dan dirujuk sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mangsa berasal dari Perak berpindah ke daerah ini pada tahun 1998.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");