Jenayah

Lelaki rompak RM50 dijel 4 tahun

jenayah

Kuala Terengganu: Seorang lelaki yang merompak RM50 daripada seorang wanita pada 24 April lalu, dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad membuat keputusan itu selepas Muhammad Zairuzi Zahri, 21, dari Kampung Binjai Simpang Empat, Chendering, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Muhammad Zairuzi didakwa merompak beg tangan mengandungi wang tunai RM50 dan kad pengenalan milik Norlilawati Abd Rahman, 53, yang diletak dalam raga motosikalnya di Jalan Panji Alam, di sini, jam 6.30 pagi pada 24 April lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud manakala Muhammad Zairuzi tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa menunggang motosikal ke tempat kerjanya di Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan ketika sampai di depan sebuah taska di Panji Alam, di sini, dia dihampiri motosikal dinaiki tertuduh yang menyamun beg tangannya sebelum melarikan diri.

Namun, mangsa bertindak berani mengejar tertuduh sehingga ke satu kawasan perumahan dalam pembinaan di Lorong Hussein, di sini.

Mangsa memberhentikan motosikal dan pergi kepada tertuduh, meminta Muhammad Zairuzi hanya mengambil wang tetapi memulangkan kad pengenalan serta barang miliknya.

Sebaik memberikan semula beg tangan itu, tertuduh melarikan diri, tetapi mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal tertuduh dan membuat laporan polis.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");