Membawang Hari Ini

Liyana rahsia nama anak

lyana jasmie

Tiada hadiah yang lebih menggembirakan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay sempena sambutan Hari Ibu yang berlangsung pada Ahad lalu apabila dia selamat melahirkan bayi perempuan pada malam kelmarin.

Bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Seisi keluarga dan suami tercinta, Fathuddin Mazlan, 30 berada di sisi Liyana.

Menurut ibu Liyana, Datin Habsah Simpon yang mengesahkan berita itu memaklumkan mereka sekeluarga sangat bersyukur ke hadrat Ilahi apabila Liyana 26, selamat melahirkan anak sulungnya.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar walau pun Liyana dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court sejak Ahad lalu kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin. Syukur prosesnya dipermudahkan.

“Kira-kira jam 7.40 malam kelmarin, Liyana selamat melahirkan bayi perempuannya. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadiran cucu baru ini,” katanya.

Memandangkan Liyana juga baru melahirkan anak, buat masa ini pelakon filem Papadom dan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu belum lagi mengumumkan nama pilihan untuk bayinya.

Ketika ditemubual baru-baru ini untuk berkongsi perasaan bergelar ibu berikutan sambutan Hari Ibu pada tanggal 11 Mei lalu, Liyana berkata, dia sangat teruja dan tidak sabar.

Apatah lagi, katanya, segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya hasil perkongsian hidup bersama suami tersayang, Fathuddin, sudah disiapkan sepenuhnya.

Liyana yang cukup komited dengan segala saranan doktor memandangkan ia pengalaman kali pertamanya melahirkan anak, turut mengamalkan senaman yoga setiap hari sepanjang tempoh kehamilannya

Selain itu, Liyana juga bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan teruk sepanjang mengandung membuatkan dia tiada masalah menghiaskan bilik khas dan istimewa buat cahaya mata tersayang.

Liyana akan muncul dengan filem baru Isyarat Cinta di pawagam tak lama lagi, mendirikan rumah tangga bersama Fathuddin pada 2 Februari tahun lalu dalam satu majlis diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");