Jenayah

Menteri Pertahanan Laos terbunuh dalam nahas pesawat

laos mati

DUA anggota tentera memeriksa serpihan bangkai pesawat tentera Laos yang terhempas di wilayah Xiang Khouang, utara negara itu semalam. – REUTERS:-

BANGKOK – Sebuah pesawat tentera Laos terhempas semalam dengan menyebabkan lima pegawai kanan termasuk Menteri Pertahanan negara komunis itu terbunuh, kata pihak berkuasa Thailand.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Laos, Sek Wannamethee berkata, semasa kejadian, kira-kira 20 orang berada di dalam pesawat tersebut termasuk Menteri Pertahanan, Douangchay Phichit, Gabenor Vientiane, Dr. Sombath Yialiher dan beberapa pegawai kanan lain.

Pesawat itu terhempas dekat Kampung Nadee, dalam wilayah Xiang Khouang di utara Laos.

“Kami menerima maklumat mengenai insiden ini daripada Kedutaan Thai di Laos,” katanya.

Agensi berita rasmi Laos, KPL mengesahkan kemalangan tersebut.

Menurutnya, ia melibatkan sebuah pesawat buatan Ukraine, Antonov AN- 74TK-300 milik tentera udara Laos tetapi tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai para penumpang atau pun angka kematian.

“Tumpuan pihak berkuasa kini adalah untuk membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang masih hidup,” menurut agensi berita berkenaan.

“Punca insiden itu masih disiasat,” tambahnya.

Semua pegawai berkenaan dipercayai sedang dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis rasmi di wilayah Xiangkhouang, timur laut Laos.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");