Membawang Hari Ini

Mila Kunis pilih bidan

mila kurmis

PASANGAN pelakon Mila Kunis dan Ashton Kutcher baru-baru ini mendedahkan mereka memilih cara tradisional bagi menyambut kelahiran bayi sulung perempuan mereka.

Menerusi sebuah temu bual bersama program temu bual The Ellen Degeneres Show, Mila mengakui dia tidak akan bersalin di hospital tetapi di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Kami telah banyak menyaksikan dokumentari mengenai proses bersalin dan kami memilih untuk bersalin di rumah dengan bantuan bidan dan persiapan rapi sudah dibuat.

“Melainkan jika ada masalah sampingan atau komplikasi yang boleh membahayakan diri, barulah saya akan ke hospital,” ujar Mila.

Mila turut berkongsi tentang makanan kegemaran sepanjang kehamilannya itu.

“Saya sangat stereotaip! Saya boleh makan jeruk kobis sepanjang hari walaupun baunya tidak menyenangkan. Situasi pelik ini turut terkena pada Ashton sampaikan dia mengisi peti sejuk rumah kami dengan makanan pelik-pelik seperti jeruk, ikan bilis dan ais krim,” katanya teruja.

-kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");