Berita Hari Ini

Mohd Amar: Tangguh, bukan batal

mohd amar

KOTA BHARU – Orang ramai diminta jangan salah faham terhadap keputusan Pas menangguhkan pembentangan rang undang-undang persendirian di Parlimen yang akan membolehkan enakmen berteraskan hudud dilaksanakan di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, penangguhan itu bukan bermaksud Pas atau Kerajaan Kelantan membatalkan cadangan untuk menjalankan hudud, sebaliknya bertujuan memberi laluan kepada perbincangan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui jawatankuasa teknikal kebangsaan.

“Kita tidak batal, cuma tangguhkan untuk dibentangkan dalam jawatankuasa teknikal bersama antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri,” katanya, semalam.

Mohd Amar berkata, Kerajaan Kelantan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang tersebut namun bergantung pada keputusan yang bakal dibuat selepas perbincangan jawatankuasa teknikal kebangsaan dilakukan.

Ketika ditanya adakah langkah memberi persetujuan untuk bekerjasama dengan Pusat sebagai satu bentuk kompromi, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) berkata, perbincangan antara kedua pihak perlu ada bagi membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Parlimen.

“Rang undang-undang persendirian tidak boleh dibentangkan tanpa sokongan menteri, kerana itu perlu ada perbincangan bagi membolehkan ia dibentangkan di Parlimen,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");