Perak Hari Ini

Penduduk Kesal Isu Rumput, Longkang Tidak Diselenggara Dengan Baik

PERAK TODAY 2

Masalah rumput panjang dan saluran longkang bertakung di kawasan Persiaran Wira Jaya Timur, dekat Ipoh didakwa telah menjejaskan kualiti hidup penduduk di situ sejak beberapa bulan yang lalu berikutan kegagalan pihak berkuasa tempatan menangani perkara tersebut secara sistematik.

Walaupun aduan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), masalah itu terus berlarutan tanpa sebarang respon positif daripada pihak tersebut.

Rata-rata penduduk di situ tidak berpuas hati dengan kerja pembersihan rumput di kawasan tersebut terutamanya di bahagian lorong belakang rumah.

Masalah itu bertambah serius di kawasan rumah yang terbiar atau tidak berpenghuni hingga menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk mengenai keselamatan diri dan keluarga mereka yang tinggal berdekatan.

Tinjauan Peraktoday.com.my mendapati keadaan lorong belakang rumah penduduk di kawasan itu kurang terurus.

Menurut salah seorang penduduk yang enggan dikenali, pekerja MBI ada membuat kerja pembersihan rumput dan longkang namun tidak berkala.

PERAK TODAY 1

“Selain di pihak MBI, mentaliti penduduk juga perlu berubah untuk menjaga kawasan kediaman masing-masing,” tegasnya lagi.

Katanya lagi, menuding jari kepada sebelah pihak sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tetapi perubahan sikap dan amalan juga perlu seiring.

Salah seorang penduduk kawasan berkenaan, Ali berharap pula agar perkhidmatan yang disediakan pihak berwajib itu dapat dilaksanakan secara sistematik.

“Untuk menangani masalah sampah, saya harap pihak berwajib dapat menyediakan kawasan pembuangan sampah yang khusus dan tertutup bagi memudahkan penduduk membuang sampah secara sistematik.

“Tindakan segera perlu diambil kerana jika tindakan lambat diambil, masalah ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit antaranya demam denggi,” ulasnya lagi.

Penduduk tambah Ali, turut berharap masalah itu dapat ditangani segera memandangkan musim hujan dijangka tiba tidak lama lagi.

“Rumput yang panjang perlu dipotong segera manakala longkang yang bertakung perlu dibersihkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini,” tegas beliau lagi.

PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");