Jenayah

Peserta Himpunan GST bergerak ke arah Dataran Medeka seawal 11 pagi

himpunan GST

Peserta perhimpunan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) anjuran pembangkang mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut di sini seawal 11 pagi.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kira-kira 500 penyokong kelihatan di beberapa lokasi berhampiran Dataran Merdeka iaitu Masjid Jamek, pusat beli-belah Sogo dan Masjid Negara.

Di Masjid Negara terdapat gerai yang menjual pakaian dan cenderamata Himpunan GST sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

Peserta perhimpunan itu memakai kemeja T berwarna merah yang tertera perkataan ‘Bantah GST’ dan mula berlegar di sekitar kawasan Dataran Merdeka, termasuk Jalan Parlimen.

Mereka terdiri daripada golongan dewasa dan tua selain turut membawa kanak-kanak ke himpunan tersebut.

Anggota polis kelihatan bersiap sedia di Dataran Merdeka bagi mengawal keadaan.

– MalaysiaGazette.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");