Jenayah

‘Sedekah’ tengah jalan

peminta sedekah

Kuala Lumpur: Tanpa menghiraukan keselamatan diri, pengemis jalanan sanggup menggadai nyawa menagih simpati orang ramai dengan meminta sedekah di jalan raya.

Kebanyakan mereka yang mengemis di jalanan terdiri daripada warga emas termasuk Pakistan, Myanmar dan India dengan membawa tisu sebagai tarikan simpati.

Tinjauan Harian Metro di sekitar persimpangan Jalan Pantai Baru, mendapati lokasi itu menjadi tumpuan seorang warga emas berkopiah putih yang uzur sering dilihat meminta sedekah dengan pengguna jalan raya yang berhenti ketika lampu isyarat merah.

Selain warga emas berusia 70-an itu, seorang wanita bertudung juga berkeliaran di kawasan sama terutama pada waktu pagi dan tengah hari.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Azira berkata, dia kerap menggunakan jalan berkenaan dari rumah di Jalan Klang lama untuk ke pejabat di Jalan Bangsar.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");