Perak Hari Ini

‘Undi DAP Ibarat Tempah Maut’: Ramesh

“Andai kata pengundi menyokong DAP dalam pilihan raya nanti, mereka seakan-akan menempah maut,” demikian amaran Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao kepada rakyat Teluk Intan yang bakal membuang undi pada 31 Mei nanti.

Hal ini katanya, berikutan tindakan parti DAP yang akan mematikan suara orang yang mempersoalkan kredibiliti dan tanggungjawab mereka.

“Jika ada orang mempersoalkan kenapa mereka tidak menjalankan tanggungjawab setelah menang dalam pilihan raya nanti, mereka akan pastikan orang yang menyoal itu disaman sampai muflis,” katanya lagi.

Menurut Ramesh lagi, ia merupakan satu taktik kotor yang digunakan oleh parti pembangkang terbabit.

“Ini adalah modus operandi kotor DAP di mana mereka akan mematikan suara orang yang menyoal,” ujarnya.

Beliau juga mempunyai bukti-bukti untuk menyokong kenyataan yang telah dibuatnya itu.

“Hal ini bukan fitnah kerana terbukti ada saksi dan kami akan bawa mereka menjelajah seluruh pelusuk Teluk Intan dalam masa terdekat ini.

“Saksi ini adalah ahli DAP sendiri yang menjadi mangsa saman kerana menyatakan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan sesuatu isu dalam parti,” tambah beliau lagi.

Beliau dan mangsa penindasan parti tersebut katanya, akan membongkar penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh DAP.

“Kita akan beritahu dan tunjukkan kepada semua masyarakat Teluk Intan tentang kebiadapan parti pembangkang tersebut.

“Kami akan adakan ceramah di Pasir Berdamar yang dikatakan sebagai kubu kuat DAP di Teluk Intan,” katanya.

Sementara itu, bekas ahli DAP, Tony Tan Chee Chong mengakui perbuatan buruk parti tersebut.

Katanya, beliau tidak mahu ramai lagi rakyat menjadi mangsa kepada janji manis yang ditaburkan oleh DAP dan akhirnya akan memakan diri sendiri.

Pada PRK Teluk Intan, DAP meletakkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon mereka.

Beliau akan bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang merupakan Presiden Gerakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");